MENGENAI KAMI image
FALSAFAH KOLEJ TINGKATAN ENAM SERI PUTERA

Pendidikan di Kolej Tingkatan Enam Seri Putera adalah suatu usaha yang berterusan untuk memberi ilmu pengetahuan yang dapat membentuk keperibadian dan perwatakan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Usaha ini dapat merealisasikan aspirasi negara ke arah melahirkan generasi yang bertanggungjawab, berketrampilan dan bersatu padu yang berlandaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan dan lunas-lunas agama.

VISI

Menuju Ke Arah Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Unduk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

MATLAMAT

1. Melahirkan Bangsa Malaysia yang taat setia dan bersepadu.
2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, dan berketerampilan.
3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan negara.
4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.


SEJARAH KAMI

1965 
Ditubuhkan dengan nama SMK (Laki-Laki) Seri Kepayang, Ipoh.

1968 
Kumpulan pelajar pertama (315 orang) mengambil peperiksaan Lower Certificate Education (LCE).

1979 
Nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Seri Putera.

2006 
Kumpulan pertama pelajar Tingkatan Enam Aliran Sains Sosial di sekolah mendaftar.

2015 
SMK Seri Putera dinaiktaraf menjadi Pusat Tingkatan Enam Seri Putera (Mod 1) dan menerima kumpulan pertama pelajar Tingkatan Enam Aliran Sains.

2016 
Kolej Tingkatan Enam Seri Putera (KTESP) tertubuh secara rasminya pada tahun 2016, bersempena dengan penjenamaan semula aliran Tingkatan Enam oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, menjadikan KTESP sebagai salah sebuah daripada kelompok 10 kolej tingkatan enam yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Dahulunya dikenali sebagai SMK Seri Putera, dan seterusnya bertukar kepada Pusat Tingkatan Enam Seri Putera (Mod 1) sebelum dinaiktaraf kepada kolej, KTESP kini hanya menempatkan pelajar Tingkatan Enam (Semester 1, 2 dan 3) dan juga pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Bagi pelajar Tingkatan Enam, kolej ini menawarkan 2 aliran iaitu Aliran Sains dan Aliran Sains Sosial, melalui 7 kelas yang disediakan. Secara keseluruhannya kini terdapat 14 buah kelas Tingkatan Enam di KTESP.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING